Oct 18, 2011

Filem Malaysia

Poster-Filem-KlipX-3GP

Adakah filem seperti ini kita mahu banggakan?

 

Aku bukanlah penggiat seni Industri Perfileman Malaysia, aku hanya seorang anak watan Malaysia dan seorang penonton filem. Maaf jika penulisan aku ini mungkin mengguris hati sesetengah pihak tetapi bagiku ini hanya merupakan pendapat diriku. Berdasarkan apa yang aku perhatikan dalam filem-filem Malaysia, aku bukan dengki mahupun memandang rendah dengan karya yang dihasilkan oleh anak Malaysia sendiri, tetapi apa yang kita lihat, hasil filem Malaysia selalu tidak mendapat perhatian kalau dibandingkan dengan filem-filem dari Barat. Bagi aku, salah satu faktor atau puncanya ialah filem-filem Malaysia terutamanya filem Melayu banyak mengetengahkan unsur seperti hantu, gangster, rogol, clubbing, ini sebenarnya mencerminkan identiti masyarakat kita. Adakah kita masih mahu dikategorikan masyarakat yang ketinggalan dan masih percaya tentang bomoh, hantu etc? Ya, aku tidak nafikan bahawa memang masih ada segelintir masyarakat yang percaya benda-benda karut ini tapi bagiku, tidak perlulah terlampau banyak filem berunsur kan hantu, bomoh etc. Gangster pulak, bila satu meletup, mulalah banyak filem tentang gangster. Filem-filem rogol, clubbing, sebenarnya lebih menggalakkan masyarakat untuk terus dan lebih banyak libatkan diri. Memang setiap filem mempunyai nilai murni tersendiri tetapi adakah ia memberi kesan kepada penonton? atau sebaliknya? Renungkan. Bagiku, daripada filem Malaysia menghasilkan filem-filem seperti ini, lebih baik filem Malaysia mengetengahkan filem berbentuk inovasi Sains, ya, mungkin kita tidak mampu lagi membuat filem seperti filem barat yang menelan belanja yang tinggi, tetapi sekurang-kurangnya ia mencerminkan masyarakat kita telah maju ke hadapan. Contohnya, filem Cicakman, KRU Production, kalau kita tengok, filem tersebut telah mengetengahkan tentang kepakaran seorang saintis menghasilkan vaksin. Jangan salahkan penonton jika membeli cetak rompak, ini kerana penonton tidak rasa berbaloi untuk menonton filem di Wayang kalau hasilnya kurang memberangsangkan dan membuat penonton bosan. Aku hanya berharap dan berdoa filem-filem yang akan muncul akan datang menunjukkan satu anjakan paradigma dan lebih berkualiti.

2 comments:

K & R Mutiara said...

saya sokong.. xsepatutnya cite2 mcm tu kuar kat panggung untuk tontonan umum.. anak2 muda yg tgk boleh terpengaruh.. mmg xla nak tgk citer melayu kat panggung.. download jer.. hehehhe.. tgk citer owg putih lagi best.. hehehhe.. atleast aksi yg ditonjolkan mmg itulah budaya die.. layan citer real steal lagi besttt..

Laiyern said...

aah btol2. tu yg slalu p cinema, cari cite omputeh, klo x, blk aje.haha