Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi peluang untuk aku, & keluargaku nyawa dan memberi peluang kepada kami untuk teruskan kehidupan kami dan beribadat kepada-Nya. Syukur.Syukur.Syukur. Dalam kesibukan harian, perasan tak yang kadang-kadang kita alpa tentang apa yang telah disuruh & disyariatkan oleh Allah? Sebagai umat Islam, kita kadang-kadang terlepas pandang dan alpa tentang keutamaan untuk menunaikan solat? Bagi aku, sebelum kita tunaikan ibadat yang lain, kita mesti tunaikan solat terlebih dahulu. Perasan tak kalau kita solat, kita menjadi lebih tenang & dapat lebih fokus dalam setiap perkara yang kita lakukan. Aku tidak nafikan, kadang-kadang ada waktu fardhu yang aku tertinggal dan solat dilakukan di akhir waktu dan ada juga yang telah tamat waktu (qada’). Ini berdasarkan pengalaman aku, tak tahu lah kalau kalian macam mana pula kan. tapi itu yang aku percaya. Insyaallah, jika kita utamakan solat dari segalanya, insyaAllah tuhan itu tidak zalim, Allah akan permudahkan segala urusan kita dan akan membantu kita dalam apa jua kesusahan dan Allah juga akan membawa kita semula ke jalan yang benar jika kita mula terpesong. Mari kawan-kawan kita istiqamah, menjaga solat. InsyaAllah, setiap perkara yang kita lakukan diberkati olehNya. Sebenarnya aku mendapat ilham untuk menulis berkaitan solat ini apabila aku buka Youtube, berkaitan productive Muslim dan baru aku terfikir, dimanakah kedudukan aku di sisi Allah S.W.T. Astaghfirullahalazim. Jadi, marilah sama-sama menjaga Solat & Menjadi Muslim yang Produktif!
Sebagai renungan….

0 comments:
Post a Comment